Home
     Madah-Madah Cinta
     Tiada Kata Seindah Bahasa
     Alam Percintaan
     Gallery
     Contact
     Guestbook

Copyright by -Daniel-


Kata-kata Mutiara - Home







      

Felling From A Broken Heart





   Kalau tidurmu tiada lena Bukan kerana panasnya malam.... tapi Itulah tandanya...Aku mengingatimu.. Kalau tidurmu termimpi Akan diriku, Itulah tandanya... Aku merinduimu.. Kalau tidurmu memeluk bantal dan terjaga di tengah malam, Itulah tandanya... Aku memanggil-manggil namamu.. Kalau tidurmu mengiring ke kiri Tanpa bantal di sisi Itu tandanya... Aku membisikkan cinta syahdu padamu... Kalau tidurmu mengiring ke kanan Dengan wajah yang tenang Itulah tandanya... Ciuman sayang telah ku kirimkan.. Tapi kalau tidurmu sudah nyenyak Maka ia membawa berita Yang menyatakan Aku telah tiada lagi... 



                    Mutiara Kata



Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang dan dua telinga untuk mendengar serta dua mata untuk melihat. tetapi mengapa tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? kerana tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih ingin mencuba. jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun mereka telah disakiti sebelumnya. dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang, sehingga dia meninggal dunia. lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang, selagi ada hayatnya.
Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah, sebelum bertemu dengan orang yang tepat. kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai dan memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. hanya untuk menemukan bahawa akhirnya menjadi tidak bererti. dan kamu harus mebiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang, dan bukan siapa dia sebelumnya. kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.


Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. teman percintaan ialah sayu dan pilu. namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya disambut oleh pencinta palsu. berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil. cinta kepada perempuan ertinya alam. cinta diri ertinya bijaksana. cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada tuhan ertinya taqwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa ikan. lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam sebuah bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Cinta adalah keabadian.. dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yang boleh dilihat oleh mata kasar. sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. inilah dahsyatnya cinta.
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke Mulut tetapi cinta adalah anugerah tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. untuk dicintai juga memang mudah. tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. 


Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. cinta sebenarnya tidak buta. cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. 
Cinta sejati itu tidak buta, cinta itu celik dan kecelikan cinta itu dapat mencelikkan pula yg lain. cinta yg buta ialah cinta yg ternoda. cinta yg buta itu segalanya buta mengenai cara dan peraturan cinta serta buta mengenai tanggungjawap, hikmah malah mengenai akibat diri. alangkah indahnya jika impian hidup bahagia termakbul. namun sebagai seorang insan yg ingin mencintai insan lain, kita harus tahu meletakkan cinta di tempat tertinggi. selain itu, bagaimana mengenali insan itu supaya kita dapat cinta yg sejati darinya.......







-Daniel-
Myspace.com/danielklang

www.facebook.com/hafizzdaniel
Email : hamba_allah85@aol.com

Today, there have been 2 visitors (7 hits) on this page!

=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=